·
* Cinderela
·
·
·
Pada
zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal
dunia. Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan
seorang janda yang mempunyai dua orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang.
Begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya. Ayahnya pula selalu keluar bandar
untuk berdagang.
·
·
Setiap
hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat
kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda
dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.
·
Wajahnya
yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak
sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang kakak tirinya itu
hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan berjalan-jalan. Kerana pakaian dan
wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang kakaknya menggelar dia
Cinderella.
·
·
Pada
suatu hari putera raja telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis
tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput menghadiri
majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri Cinderella yang hodoh itu mengambil
keputusan hendak menyertai majlis itu.
·
·
Oleh
kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka mengarahkan Cinderella
menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu. Kedua-dua helai
baju kakaknya itu dijahit oleh Cinderella. Setelah baju itu siap, kedua
kakaknya saling bertekak mengatakan dia yang paling cantik.
·
·
“Aku
akan memakai baju baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga
akan memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.”
·
·
“Baju
aku lebih cantik dari baju engkau!” kata kakak kirinya yang kedua. “Bajuku
dipenuhi dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud berwarna hijau. Sudah
tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati putera raja!”. “Kau
tak akan dapat berkahwin dengan putera raja,” kata kakak tirinya itu sambil
tertawa kepada Cinderella.
·
·
Cinderella
merasa sedih mendengar kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak tirinya
itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan Cinderella. Setelah
kedua orang kakak dan ibu tirinya pergi Cinderella duduk sendirian di dapur.
Dia menangis mengenang nasibnya yang malang. Tiba-tiba dia terkejut kerana
melihat sebutir cahaya berkelip-kelip tidak jauh darinya. Dari cahaya yang
semakin membesar itu keluar seorang pari-pari yang cantik.
·
·
“Siapakah
kau? Dari manakah kau datang?” tanya Cinderella sambil mengesat air matanya.
·
·
"Aku
adalah pari-pari pengasuh kau,” jawab pari-pari yang cantik itu. “Sekarang
beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di istana?”
·
·
“Ya,
aku sangat ingin pergi ke majlis tu,” jawab Cinderella. Aku ingin bertemu
dengan putera raja.”
·
·
“Aku
boleh tunaikan permintaan kau itu,” jawab pari-pari itu lagi. Tapi ada
syarat-syaratnya. Kau harus buat apa yang aku suruh.”
·
·
“Baiklah,”
jawab Cinderella bersetuju.
·
·
“Mula-mula
pergi ke kebun dan ambil buah labu yang palihg besar,” kata pari-pari itu.
Cinderella terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling
besar. Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman. Pari-pari itu
menyentuh labu itu dengan tongkat sakti. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib pun
berlaku. Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan besar. Didalamnya
terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi langsir yang bewarna keemasan.
·
·
Cinderella
memandang kereta kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.
·
·
“Sekarang,
bawakan aku enam ekor tikus,” kata pari-pari itu lagi. Cinderella segera masuk
ke dapur. Dia mencari dibawah dapur dan dibelakang pintu. Tidak lama kemudian
dia pun membawa enam ekor tikus di depan pari-pari itu. Tikus itu telah ditukarkan
oleh pari-pari menjadi enam ekor kuda yang akan menarik kereta kuda itu.
·
·
“Kita
telah memiliki kereta kuda untuk membawa kau ke istana. Sekarang aku perlukan
seekor lagi tikus untuk menjadi pengiring dan pembantu kereta kuda.” Cinderella
masuk ke dapur untuk mencari seekor lagi tikus. Setelah dia dapat menangkap
tikus itu dengan segera diserahkannya tikus itu kepada pari-pari itu.
·
·
Kini
kereta kuda itu telah lengkap dengan pemandunya yang berpakaian kemas dan
cantik. “Sekarang kau boleh pergi ke majlis itu dan menemui putera raja!” kata
pari-pari.
·
·
“Tapi
bagaimana? Aku tidak boleh masuk ke dalam istana. Pakaianku buruk dan
compang-camping. Tentu pengawal istana akan menghalau aku keluar.”
·
·
Pari-pari
itu menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya. Serta-merta bajunya bertukar
menjadi cantik. Rambut dan mukanya juga cantik berseri. “Dan inilah pemberian
yang terakhir,” kata pari-pari itu lalu menyerahkan sepasang kasut emas yang
cantik yang tidak pernah dibayangkan oleh Cinderella selama ini.
·
·
Cinderella
merasa sangat gembira. Dia lalu memeluk pari-pari itu. Bila dia melangkah masuk
ke dalam kereta kuda, pari-pari itu berpesan kepadanya. “Berjanjilah, kau akan
pulang sebelum pukul dua belas tengah malam, anakku. Kerana di saat itu
semuanya akan kembali kepada asalnya.”
·
·
Cinderella
berjanji akan pulang sebelum dua belas tengah malam. Kereta itu dengan pantas
berlari menuju ke istana. Apabila dia sampai didepan pintu istana, pengawal
dengan hormat menyambut ketibaannya. Dia diiringi ke dewan istana. Di situ
majlis tarian telah dimulakan. Semua orang yang berada di dewan itu memandang
ke arahnya. Mereka sangat hairan melihat seorang gadis yang sangat cantik.
Kedua orang kakak tirinya juga kehairanan.
·
·
Putera
raja datang kepadanya lalu memimpin tangannya. Putera raja mengajaknya menari.
Mereka menari sepanjang malam. Putera raja hanya mahu menari dengan Cinderella.
Putera itu sangat tertarik dengan Cinderella. Tiada sesiapa di situ kenal
padanya dan mereka semuanya merasa hairan dan kagum.
·
·
Raja
dan permaisuri yang berada di atas singgahsana merasa kagum melihat kecantikan
Cinderella. Cinderella pula hampir lupa pada dirinya dan janjinya pada
pari-pari itu.
·
·
Cinderella
terkejut bila menyedari setengah jam lagi menunjukkan pukul dua belas tengah
malam. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada putera raja dan meninggalkan
istana. Sebaik sahaja dia sampai di rumah jam telah menunjukkan pukul dua belas
tengah malam.
·
·
Setelah
berehat dari kepenatan Cinderella mendapati kedua kakak tirinya pun pulang.
Mereka asyik bercerita mengenai puteri yang sangat cantik yang tidak dikenali
itu. “Putera raja telah jatuh hati kepadanya,” kata kakak tirinya yang tua.
“Putera raja sanggup berbuat apa sahaja untuk mengetahui namanya dan di mana
dia tinggal.”
·
·
Cinderella
tersenyum mendengar kata-kata kedua orang kakak tirinya yang hodoh itu. “Adakah
dia benar-benar kelihatan cantik?” tanya Cinderella. “Betapa beruntungnya kakak
dapat melihat puteri itu.”
·
·
Cinderella
tidak berkecil hati kerana dia akan pergi menemui putera itu pada malam
esoknya. Pada keesokan harinya kedua orang kakak tirinya sibuk bersiap-siap
hendak pergi ke istana. Pari-pari pengasuh Cinderella sampai sebaik sahaja
kedua orang kakak tirinya itu pergi ke istana. Dia menggunakan tongkat saktinya
lalu menukarkan pakaian Cinderella lebih cantik dari malam pertama.
·
·
Putera
raja ternyata telah jatuh cinta pada Cinderella. Dia menunggu dan menyambut
kedatangan Cinderella di depan pintu istana.
·
·
Cinderella
hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira. Dia tidak pernah merasa
bahagia seperti itu sebelum ini. Masa berlalu dengan cepat tidak disedarinya
waktu sudah pun dua belas tengah malam. Dia terkejut dan segera berlari pulang.
·
·
Cinderella
takut pakaian cantik akan bertukar menjadi buruk dan kereta kudanya bertukar
menjadi tikus kembali. Dia berlari keluar dan mendapati kereta kudanya telah
bertukar. Cinderella berlari pulang dengan termengah-mengah.
·
·
Putera
itu mengejar Cinderella dari belakang. Ketika menuruni tangga, kasut emas
Cinderella telah tercabut. Tapi Cinderella tidak menyedarinya. Putera raja
mengambil kasut itu. Bila kakak tirinya pulang ke rumah mereka sibuk bercerita.
Putera jelita itu telah tertinggal kasut emasnya di istana dan ditemui oleh
putera raja.
·
·
Pada
awal pagi esoknya raja membuat pengumuman. Gadis yang mempunyai kaki yang
sesuai dengan saiz kasut emas itu akan dijadikan isteri puteranya. Dia telah
memerintahkan pengawalnya membawa kasut itu ke semua rumah di negeri itu untuk
dicuba. Tapi tidak seorangpun yang dapat memakainya. Akhirnya pengawal istana
itu tiba di rumah Cinderella.
·
·
Kedua-dua
orang kakak tiri Cinderella sangat gembira hendak mencuba. Bila dia cuba
memakai kasut itu dia menjadi marah. “Kenapa tidak muat?” kata kakak tirinya
yang pertama. “Kaki aku kelihatan kecil sahaja!” rungutnya.
·
·
“Biar
aku cuba,” kata kakak tirinya yang kedua. Bila kakak tirinya yang kedua
memakainya, kasut itu jauh lebih besar hingga dia tidak boleh berjalan.
·
·
“Aku
yakin kasut itu sesuai dengan aku tapi mengapa ia menjadi lebih besar dari kaki
aku!”
·
·
“Adakah
sesiapa lagi di dalam rumah ini yang hendak mencuba kasut ini?” tanya pengawal
istana kepada kedua orang kakak tiri Cinderella. “Memang tidak ada sesiapa
lagi,” jawab mereka.
·
·
Pengawal
iatana itu terpandang Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata gadis itu
cantik tapi pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil Cinderella untuk
mencuba. Sebaik sahaja kasut itu tersarung dikakinya, ianya amat sesuai sekali
membuat kedua orang kakak tirinya terkejut besar.
·
·
Disaat
itu juga pari-pari muncul dihadapan mereka dengan tersenyum. Dia pun menyentuh
Cinderella dengan tongkat saktinya lalu menukar pakaian Cinderella.
·
·
Kakak
tiri Cinderella merasa marah dan cemburu. Pari-pari itu pun membawa dia ke
kereta kuda yang sedia menanti.
·
·
Kereta
kuda itu pun bergerak pergi menuju ke istana. Putera raja sangat gembira
apabila akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Keesokan harinya mereka pun
berkahwin dan hidup aman damai.
·
·
Cinderella
tidak pernah melupakan kedua orang kakak tirinya lalu mengajak mereka tinggal
bersamanya di istana. Tidak berapa lama kemudian kedua orang kakak tirinya pun
berkahwin dengan orang kaya. Mereka tidak lagi sombong dan hodoh. Lama-kelamaan
mereka juga kelihatan cantik dan berbudi bahasa.